1.Jika engkau bertemu dgn seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu, ucapkan dalam hatimu “ mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebih baik dan lebih mulia”
2.Jika bertemu anak kecil, maka ucapkan dalam hatimu “anak ini belum bermaksiat kepada Allah sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku”
3.Jika bertemu orang tua, maka ucapkan dalam hatimu “dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku”
4.Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkan dalam hatimu “orang ini memperoleh kurnia yg tidak aku peroleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yg tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku”
5.Jika bertemu dengan seorang yg jahil, maka ucapkan dalam hatimu “ orang ini bermaksiat kerana dia jahil (tidak mengetahui), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya walhal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku”
6.Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakan dalam hatimu “aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin pada akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh, dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku aku kufur dan berbuat buruk”

Tidak ada komentar:
Posting Komentar